Terengganu Senarai 12 Pemain Ke Kejohanan Piala Emas Khir Johari

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSTNT) menyenarai 12 pemain ke kejohanan sepak takraw Piala Emas Khir Johari di Manjung, Perak dari 5 hingga 8 April ini.

Pengerusi PSTNT Mohd Shapian Ali berkata pemain terdiri daripada gabungan muka lama dan baru yang diharap mampu meraih kejuaraan buat pertama kali.

"Harapan Terengganu memang tinggi kerana kita sebelum ini tidak pernah memenangi sebarang kejohanan dalam merebut trofi ini, hanya pernah menjadi naib johan sebanyak tiga kali," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata untuk melakar kejayaan, Terengganu akan menurunkan tujuh pemain lama yang pernah mewakili Terengganu di mana seorang daripadanya merupakan pemain senior iaitu Rosmadi Abdul Ghani.

Enam lagi pemain senior ialah Mohd Shazwan Hussin, Mohd Hami Khairi Roslan, Mohd Fazli Roslan, Zulhafizazudin Roslan, Mohd Azrol Nizam Zakaria dan Mohd Subbha Mohd Latip yang rata-rata pernah mewakili skuad Sukan Malaysia (Sukma) sebelum ini.

Sementara lima pemain baru terdiri daripada Muhammad ZulkIfli Abdul Razak, Muhammad Sharil Ali, Mohd Sabaruddin Abu Bakar, Mohd Faiz Jalal dan Mohd Saiful Razaki.

Mohd Shapian yang juga Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkata pemain yang disenaraikan telah membuat latihan intensif sejak dua minggu lepas.

"Saya yakin kita telah memilih pemain-pemain yang benar-benar berpotensi dan mempunyai kewibawan yang tinggi supaya impian dan harapan persatuan negeri untuk menjadi juara tercapai," katanya.

Terengganu kali ini dilatih Ahmad Mohd Zin dengan dibantu Mohd Usof Chik dan bekas jurulatih kebangsaan Thailand, Vitaya Boonta.

Seramai 16 ahli gabungan PSM termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka menyertai kejohanan edisi ke-49 tersebut.Selangor akan turun selaku juara bertahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan