Senarai Atlet Layak Wakili Perak Ke Sukma Diputuskan Akhir Bulan Ini

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Senarai akhir atlet yang layak mewakili Perak ke Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang pada 7 hingga 16 Julai akan diputuskan hujung bulan ini, kata Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Borhan Shamsuddin.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 560 atlet individu dan berpasukan yang mengikuti latihan tetapi angka tersebut akan berkurangan bergantung kepada pencapaian dalam latihan yang diadakan sejak Sept lepas.

"Pada Sept lepas, kita mengenal pasti 673 atlet dan selepas dua fasa latihan jumlah itu telah berkurangan kepada 560 orang sahaja," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata MSN Perak menjangkakan jumlah itu akan mengecil kerana pihaknya hanya akan memilih atlet yang benar-benar boleh menang sahaja yang disenaraikan kali ini.

Kesemua atlet yang terpilih akan mengkuti latihan harian dan mingguan serta latihan intensif pada Mei dan Jun bagi memastikan mereka benar-benar bersedia menghadapi kejohanan itu, katanya.

Borhan berkata pengurusan Sukma 2012 negeri Perak juga memutuskan tidak menghantar atlet bagi acara angkat berat wanita, gimrama lelaki dan wanita serta skuasy wanita.

Keputusan itu dicapai berikutan persatuan dan MSN gagal mencari atlet yang boleh diketengahkan membawa cabaran dalam acara angkat berat wanita sehingga kini dan situasi yang sama dihadapi oleh gimrama dan skuasy wanita, katanya.

Beliau berkata pencapaian skuad negeri dalam acara gimrama dan skuasy wanita pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) juga suram.

"Jadi kita putuskan tidak menghantar wakil. Kita juga terpaksa melupakan khidmat pemain boling, Sin Lin Jane dan dua pemanah negara, Arif Farhan Ibrahim Putra dan Ng Sui Kim kerana mereka tidak boleh menyertai kejohanan ini," katanya.

Beliau berkata harapan untuk menaikkan nama negeri kini bergantung kepada beberapa nama seperti juara Golf MSSM bawah 18 tahun, Low Khai Jee serta nama-nama lain yang kini menjadi taruhan mengakhiri kemarau emas pasukan Perak dalam Sukma 2012.

Selain Low, Perak juga mempertaruhkan harapan kepada atlet lompat jauh lelaki, 400 meter lelaki, merejam lembing wanita dan kuartet 4x100 wanita yang mendapat pingat emas dalam kejohanan terbuka di Kuala Lumpur, katanya.

"Kita juga mempunyai harapan dalam acara hoki lelaki di mana sebahagian besar pemain Perak berada di dalam tiga daripada empat pasukan yang memasuki separuh akhir Kejohanan Hoki Remaja Malaysia 2012," katanya.

Pasukan itu adalah Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolt), Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Menengah Anderson (MBI-Anderson). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan