Terengganu Senarai 12 Perenang Hadapi Saingan Sukma 2012

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Skuad renang Terengganu telah menyenaraikan 12 perenang termasuk lima wanita untuk menggalas cabaran ke Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang dari 7 hingga 16 Julai ini.

Setiausaha Persatuan Renang Amator Terengganu (Prat), Yang Kong Lee berkata persatuan itu membentuk pasukan renang lebih awal dalam usaha memburu pingat tanpa warna di kejohanan dwitahun itu dalam acara tersebut.

"Kita membuat pemilihan perenang lebih awal supaya kita mudah mengatur persiapan dan latihan seterusnya menjelang Sukma," katanya.

Menurut Yang, atlet yang dipilih adalah berdasarkan prestasi masing-masing yang konsisten dalam latihan dan juga kejohanan yang disertai.

"Sebenarnya dalam skuad ini, kita ada tiga perenang lelaki yang pernah mewakili negeri Terengganu pada Sukma yang lepas dan yang lainnya merupakan muka baru yang dilihat berpotensi meraih pingat.

"Namun kita akan dedahkan senarai nama atlet ini selepas kejohanan peringkat umur kebangsaan di Bukit Jalil minggu depan," katanya.

Beliau berkata Prat sudah mengatur satu kejohanan terdekat iaitu penyertaan atletnya ke Kejohanan Sport Excel di Melaka Mei ini bagi persediaan atlet renang meraih pengalaman di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Foo Yock Meng dengan dibantu bekas jurulatih renang Terengganu, Ong See Meng.

Yang berkata Prat tidak meletakkan harapan dan sasaran pingat emas lagi memandangkan masih belum mengenal pasti kemampuan sebenar skuad renang Terengganu walaupun Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu telah meletakkan acara renang sebagai salah satu pasukan yang mempunyai harapan cerah memungut pingat dalam kejohanan Sukma edisi kali ini.

Pada Sukma 2008 di Terengganu, tuan rumah berjaya memperoleh tiga pingat emas melalui acara renang kuak dada namun gagal memperoleh sebarang pingat pada Sukma 2010 di Melaka.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan