Rakyat Malaysia Dilantik Jadi Hakim Acara Gimrama Pada Olimpik London

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) memberi penghormatan terhadap seorang rakyat Malaysia, Paramaspathy Iyakkanoo dengan melantiknya menjadi hakim bagi acara gimrama pada temasya Sukan Olimpik di London pada Julai depan.

Setiausaha kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) N.Shanmugarajah berkata Paramaspathy merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Gimrama kebangsaan dan berpengalaman selama 20 tahun sebagai hakim acara tersebut.

"Pengiktirafan pegawai teknikal dari Malaysia itu dapat membantu MGF untuk menyediakan lebih ramai pegawai yang diperlukan dan menetapkan arah tuju gimnas negara," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Paramaspathy akan mengadili acara gimrama FIG Brevet kategori 2 semasa temasya di London yang berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan