Woods Akhiri Kemarau Juara

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Woods pada kejohanan golf Jelajah PGA Jemputan Arnold Palmer.
Aksi Woods pada kejohanan golf Jelajah PGA Jemputan Arnold Palmer.

JAGUH golf dunia, Tiger Woods mengakhiri kemarau tanpa trofi yang paling lama dalam kerjayanya selama 30 bulan apabila muncul juara kejohanan golf Jelajah PGA Jemputan Arnold Palmer, pagi Isnin.

Woods menewaskan pencabar terdekatnya, Graeme McDowell dengan lima pukulan di depan.

Woods yang melengkapkan pukulan par pada lubang ke-18 untuk menghabiskan kejohanan dengan 275 jumlah pulan di Bay Hill Club and Lodge.

Juara major sebanyak 14 kali itu meraikan kemenangan ke-72 miliknya dalam Jelajah PGA dengan berjabat tangan dengan McDowell.

Sementara itu, bintang England, Ian Poulter pula di tangga ketiga dengan tujuh pukulan di belakang Woods.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan