KL Pertahan Gelaran Juara Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Kuala Lumpur terus mempertahankan gelaran juara setelah berjaya menewaskan pasukan Kedah pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan ke-28 di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini Ahad.

Juara lapan kali berturut-turut itu menumpaskan Kedah 57-28 dan seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kejohanan tahunan itu.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari turut menyaksikan Selangor menduduki tempat ketiga selepas menundukkan Pahang 62-42.

Jurulatih pasukan Kuala Lumpur, Norizan Rajab berkata, bukan mudah bagi pasukannya untuk mempertahankan kejuaraan itu kerana terpaksa melalui saingan sengit daripada pasukan lain yang tidak kurang hebatnya. "Saya berasa gembira atas kejayaan kali ini dan ini semua adalah berkat usaha menerusi latihan yang bersungguh-sungguh yang kita mulakan sejak 10 hari sebelum kejohanan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata, pasukan Kedah merupakan pasukan yang agak bagus tetapi pengalaman ke perlawanan akhir yang membezakan mereka.

"Saya rasa mungkin pengalaman yang membezakan antara pasukan Kuala Lumpur dan Kedah kerana mereka tidak mempunyai banyak pengalaman di perlawanan akhir," katanya.

Pada kejohanan itu, Nor Atikah Abu Hassan dari Kedah menerima anugerah pertahanan terbaik, Nurul Adha Abu Bakar dari Kuala Lumpur menerima anugerah penyerang terbaik manakala penjaring terbanyak dimenangi oleh Nur Ain Omar dari Kuala Lumpur yang menjaringkan 194 mata.

Pemain terbaik kejohanan turut disandang oleh Kuala Lumpur, Nur Syafazliyana Mohd Ali dan Sabah merangkul 'Pingat Fair Play'.

Hadiah disampaikan oleh isteri pengerusi Felda, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dengan johan menerima piala pusingan sumbangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan