Kajian Terperinci Wujudkan Laluan Khas Berbasikal Perlu Untuk Elak Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu kajian terperinci untuk mewujudkan laluan khas bagi peminat berbasikal di negara ini perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan kes kemalangan membabitkan golongan tersebut daripada terus berlaku.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata sekiranya kajian tersebut tidak dijalankan, maka lebih banyak kemalangan jalan raya melibatkan golongan tersebut akan terus berlaku.

"Saya rasa kajian mengenainya (laluan khas) perlu dibuat tetapi yang lebih penting sekarang ialah peminat berbasikal perlu diberikan sedikit ruang di atas jalan raya ketika melakukan aktiviti riadah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jam tangan terbaru keluaran syarikat dari Finland, Suunto iaitu Suunto Ambit di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai insiden kemalangan membabitkan bekas pelumba basikal Kelab Le Tua, Rafizi Hamdan yang terbunuh selepas basikal yang ditungganginya dirempuh dari belakang di kawasan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran susur Taman Melawati, di sini Ahad lepas.

Rafizi, 37, yang menggunakan laluan itu menuju ke Batu 12 Gombak, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dirempuh sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga, yang kemudian bertindak melarikan diri.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian tersebut, Razali berkata ia boleh dielakkan sekiranya pengguna jalan raya lebih mengutamakan pengguna lain seperti penunggang basikal dan pejalan kaki.

"Kemalangan kadang kala boleh berlaku tetapi ia boleh dielakkan sekiranya soal keselamatan diberikan keutamaan oleh pengguna jalan raya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan