Seri 1-1 Dengan Ireland, Malaysia Gagal Ke Olimpik

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan hoki negara terlepas peluang ke Olimpik London selepas seri 1-1 dengan Ireland pada pusingan kelayakan di Dublin, Ireland, Sabtu.

Ireland yang mengumpul 13 mata menerusi perlawanan itu, berbanding Malaysia 12 mata, akan bertemu Korea Selatan pada perlawanan akhir, Ahad yang bakal menentukan kelayakan untuk beraksi pada sukan Olimpik London, Julai ini.

Anak-anak buah jurulatih Tai Beng Hai bermula baik, dan meskipun diancam pukulan sudut penalti oleh Ireland pada minit ke-7, gawang negara berjaya diselamatkan penjaga gol kebangsaan S.Kumar.

Kedudukan terikat 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama sebelum Nabil Fiqri Mohd Noor menjaringkan gol Malaysia pada minit ke-40.

Pasukan tuan rumah, bagaimanapun, berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh John Jerymn 10 minit sebelum perlawanan tamat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan