Isaac Russell, Sin Li Jane Rangkul Juara Kebangsaan

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain boling elit negara Isaac Russell Paul dan Sin Li Jane masing-masing muncul juara kebangsaan wanita dan lelaki Kejohanan Boling Kebangsaan Malaysia ke-36 di Sunway Mega Lanes di Bandar Sunway di sini malam Sabtu.

Ia merupakan kemenangan di luar jangkaan bagi pemain yang baru menjadi pemain elit negara, yang juga pemain pilihan ketiga kejohanan.

Isaac Russell, pemain berusia 24 tahun dari Sarawak itu menewaskan Muhammad Nur Aiman Muhammad Khairuddin pada perlawanan akhir step-ladder dengan 232-171 dan 244-166.

Terdahulu, Isaac Russell menewaskan pemain pilihan kedua kebangsaan Mohd Haziq Sahli dari Johor dengan 211-192 sebelum melayakkan diri ke perlawanan akhir step-ladder.

Dengan gelaran juara kebangsaan pertama baginya, Isaac Russell membawa pulang piala kejohanan dan wang tunai RM7,000 manakala Muhammad Nur Aiman yang menduduki tempat kedua memperoleh RM3,000 dan Mohd Haziq, yang berada di tempat ketiga, menerima RM1,500 dan piala.

"Saya layak ke pelawanan akhir step-ladder apabila saya mengenepikan juara bertahan Kang Boo Long, dengan hanya enam pin (dalam 10-games Masters)," kata pemain kelahiran Sabah dan dibesarkan di Sarawak itu.

Pada perlawanan akhir Master wanita, Li Jane dari Perak terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan seniornya dalam pasukan elit, Sharon Koh dari Kuala Lumpur untuk merangkul kejuaraan kebangsaan yang kedua baginya.

Li Jane memulakan permainannya dengan agak gementar tetapi mendapat rentak semula dan memperoleh empat strike berturut-turut bagi mendahului 20 pin di hadapan Sharon.

Selepas itu, beliau tidak menoleh ke belakang dan terus mempamerkan permainan cemerlang untuk muncul juara dengan 226-194.

"Ia lebih sukar untuk menang bagi kali kedua, tapi saya gembira dapat melakukannya," kata Li Jane, yang memenangi juara kebangsaan kali pertama pada tahun 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan