Malaysia Perlu Perbaiki Prestasi Jumpa Korea Malam Khamis

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara perlu memantapkan lagi corak permainan dan meningkatkan prestasi jika ingin mengatasi pilihan utama Korea Selatan pada kempen kelayakan Olimpik 2012 di Dublin, Ireland, esok.

Walaupun telah mencatatkan tiga kemenangan setakat ini, namun pengurus pasukan George Koshy berkata persembahan menyeluruh skuad bimbangan Tai Beng Hai itu belum mencapai tahap sempurna.

"Masih ada banyak kesilapan...banyak kesilapan kecil yang tidak sepatutnya terjadi pada pertandingan peringkat tinggi seperti ini," katanya dalam wawancara yang dimuatkan dalam blog, malaysianhockey.blogspot.com., Rabu.

Katanya, Malaysia perlu mengatasi Korea Selatan supaya dapat melangkah ke final tetapi berdasarkan prestasi semasa pasukan pada tiga perlawanan setakat ini, laluan tersebut adalah getir.

Malaysia kini mendahului carta kedudukan enam pasukan dengan mengumpul sembilan mata selepas mengalahkan Chile 5-1, Russia 6-2 dan Ukraine 5-1.

Pada awal pagi tadi, Korea Selatan dan Ireland seri 1-1, sekali gus membuka ruang untuk Malaysia mengintai peluang ke final.

Hanya satu pasukan dari pusingan kelayakan tersebut akan menempah tiket ke Sukan Olimpik London pada Julai ini.

George bagaimanapun memuji aksi pemain yang menunjukkan peningkatan dalam menyempurnakan pukulan sudut penalti berbanding dalam tiga kejohanan lalu.

Sementara itu Beng Hai turut berkongsi pandangan George dan menyatakan anak buahnya perlu bekerja lebih keras untuk mengatasi pasukan Korea Selatan yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.

"Peluang untuk menang memang ada sekiranya semua pemain beraksi dengan baik pada hari itu. Kami pernah mengalahkan mereka pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah tahun lalu dan hampir mengecewakan mereka pada Piala Asia...jadi ia tidak mustahil," katanya.

Malaysia dijadual menentang Korea Selatan pada pukul 10.30 malam Rabu, waktu tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan