Pahang Belanja RM280 Juta Anjur Sukma Ke-15

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pahang, penganjur Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, sudah membelanjakan RM280 juta bagi pembangunan dan persediaan venue pertandingan untuk temasya itu yang bakal berlangsung di negeri itu dari 7 hingga 16 Julai depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sukma Pahang Ahmad Hairi Hussain berkata hari ini venue pertandingan kini 65 peratus siap selain venue bagi sukan menembak, renang dan ekuestrian pada tahap 50 peratus.

"Kami tidak menjangka kelewatan persiapan venue dan yakin menjelang Mei ini, kesemua gelanggang pertandingan akan siap sepenuhnya mengikut jadual," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma di sini.

Ahmad Hairi berkata Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) akan dijadikan sebagai perkampungan atlet bagi Sukma 2012 itu bersama 13 tempat penginapan di sekitar Pahang.

"Bagi penginapan atlet, kami telah memutuskan bahawa jarak tempat penginapan dengan venue pertandingan tidak akan melebihi 20 minit perjalanan," katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata 24 acara sukan akan dipertandingkan di Sukma itu dengan 382 pingat emas, 382 perak, dan 455 gangsa ditawarkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan