Kejohanan Boling Antara Negeri: Pemain Muda Cipta Kejutan

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain bukan pilihan dari Kuala Lumpur, Siti Nurzulaika Ismail mencipta kejutan apabila mengenepikan cabaran pemain pelapis negara untuk menjuarai acara individu wanita remaja pada Kejohanan Boling Antara Negeri ke-25 di sini, Selasa.

Pemain muda berusia 14 tahun itu memenangi pingat emas buat julung kali apabila mencatatkan 1,201 jatuhan pin pada kejohanan empat hari itu yang bermula di Sunway Megalanes, Bandar Sunway, dekat sini, Isnin.

Dua pemain pelapis negara, Puteri Nadia Kamarul Mahadir dari Negeri Sembilan dan Siti Aishajan Hussin dari Sabah masing-masing meraih pingat perak dan gangsa dengan catatan 1,158 dan 1,138 jatuhan pin.

Siti Nurzulaika, ketika ditemui Bernama selepas majlis penyampaian hadiah, berkata beliau begitu bangga dengan pencapaian tersebut kerana hanya menjadikan kejohanan itu sebagai medan latihan menjelang Sukan Malaysia (SUKMA).

"Saya berterima kasih kepada kedua-dua jurulatih saya iaitu Steven Teng dan Dzulkarnain Sapian kerana memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini," kata pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Seri Saujana, Sri Petaling itu.

Beliau yang bermain boling sejak berusia enam tahun lagi turut meletakkan sasaran untuk mengulangi pencapaian sama pada Sukma ke-15 di Pahang pada Julai ini.

Dalam kategori individu lelaki junior, pemain pelapis negara Mohd Haziq Sahli dari Johor muncul juara selepas mencatatkan 1,292 jatuhan pin.

Pingat perak acara tersebut menjadi milik Mohd Syazwan Kamarudin dari Terengganu dengan catatan 1,238 jatuhan pin manakala pingat gangsa diraih oleh seorang lagi pemain pelapis lelaki kebangsaan dari Kuala Lumpur, Qalif Adnor Adam dengan catatan 1,222 jatuhan pin.

Juara bertahan Mohd Nazmi Mohd Mazli dari Pulau Pinang hanya mampu menduduki tangga ke-16 dengan 1,127 jatuhan pin. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan