Sukma Ke-15 Ditetapkan Pada 7-16 Julai ini

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan tarikh baru Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, Pahang akan berlangsung pada 7 hingga 16 Julai 2012.

Tarikh penganjuran ini terpaksa ditunda dari tarikh sebenar pada Jun berikutan berikutan cuti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tidak selaras dengan cuti persekolahan biasa.

"Tarikh baru ini diputuskan selepas perbincangan dibuat berdasarkan beberapa perkara.

"Seminggu sebelum Sukma, berlangsungnya Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean dan berakhir 6 Julai.

"Ramai juga atlet kita terlibat di sana. Jadi 7 Julai diangggap tarikh paling sesuai ," katanya selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukma, Isnin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ahmad Hairi Hussain berkata, secara keseluruhan persiapan menjelang Sukma sudah 65 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan.

"Kolam renang, equestrian dan lapang sasar menembak sudah 50 peratus siap dan venue-venue lain dijangka akan siap lebih awal," katanya.

Sebanyak 24 acara dipertandingkan, 20 daripadanya akan berlangsung di Kuantan, manakala masing-masing dua acara di Pekan iaitu golf dan angkat berat serta Temerloh (silat dan berbasikal).

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan