Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Tundukkan Rusia 6-2 - Sukan Ekstra | mStar

Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Tundukkan Rusia 6-2

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan hoki kebangsaan mempamerkan aksi cemerlang apabila menundukkan Rusia 6-2 dalam pusingan kelayakan Olimpik di Dublin, Ireland pada Ahad.

Rusia mendahului dengan gol Aleksander Platonov pada minit ke-10 diikuti jaringan Pavel Golubev dua minit kemudian.

Malaysia bagaimanapun bangkit pada minit ke-28 apabila sorotan pukulan sudut penalti Mohd Amin Rahim melepasi gawang gol lawan.

Sentuhan Mohd Amin menerusi pukulan sudut penalti terus membantu pasukan negara menambah mata pada separuh masa kedua apabila beliau menjaringkan gol kedua negara pada minit ke-37 dan gol kelima pada minit ke-54.

Faisal Saari, Mohd Razie Abdul Rahim dan Hafifihafiz Hanafi turut menyumbangkan jaringan masing-masing pada minit ke-45, minit ke-52 dan minit ke-65.

Malaysia akan bertemu Ukrain Selasa ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan