Panel Siasat Kes Petisyen Bermesyuarat Isnin Ini: Tunku Imran

Diterbitkan: Ahad, 11 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panel tiga anggota yang akan menyiasat petisyen 58 ahli atletik termasuk beberapa orang jurulatih terhadap Timbalan Presiden Kesatuan Amatur Malaysia (MAU) Karim Ibrahim dijangka mengadakan mesyuarat peringkat awal di sini pada Isnin.

OCM pada 5 Februari mengumumkan pembentukan panel tersebut terdiri daripada bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vadaketh Chako George dan dua anggota dari firma guaman - William Davidson dan Vinayak Pradhan bagi menyiasat petisyen, "Laporan dan Aduan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan kepada Presiden KOM" bertarikh 13 Feb.

Presiden OCM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata selain tiga orang itu, Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Asia (OCA) Datuk Dr.

Gurucharan Singh akan turut serta di mesyuarat itu bagi memberikan butir-butir mengenai maklumat perubatan.

"Dr Guru bukan anggota panel, beliau hanya hadir untuk memberi maklumat mengenai hal perubatan. Itu saja," kata beliau kepada pemberita selepas Persidangan Tahunan ke 12 Majlis Olimpik Malaysia (OCM) di sini, Ahad.

Sementara itu, Tunku Imran berkata OCM masih menunggu jawapan daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (INASOC) berhubung pembentukan jawatankuasa anti-doping bagi menyiasat dua atlet Malaysia yang gagal dalam ujian doping semasa Sukan SEA Indonesia.

Anggota pasukan 4 x 400m Kebangsaan Mohd Yunus Lasalleh dan pengangkat berat Firdaus Abdul Razak diuji positif bahan terlarang pada sampel A dan B mereka semasa sukan itu.

Presiden INASOC Rita Subowo bersetuju minggu lepas untuk datang ke Malaysia bagi membantu OCM dalam siasatan itu tetapi beliau tidak hadir.

"Kami masih menunggu jawapan daripada (INASOC) dan jika mereka minta kita bentuk jawatankuasa itu, kita akan lakukan," kata Tunku Imran. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan