Jangan Pandang Rendah Pasukan Underdog: Tengku Abdullah

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

b>KUANTAN: Skuad hoki negara diingatkan supaya tidak memandang rendah pasukan bukan pilihan atau underdog dalam aksi pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Dublin, Ireland dari 10 hingga 18 Mac ini.

Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata pemain perlu diberi peringatan seperti itu memandangkan pasukan yang dilabel sebagai underdog pasti mahu menewaskan pasukan lebih bagus.

"Saya yakin mereka sudah rasai kehampaan ketika final Sukan Asia di Guangzhou, China yang sepatutnya kita berjaya tetapi gagal melakukannya. "Mereka sudah mempelajari pahit maung sebagai pasukan kedua terbaik pada kejohanan itu kerana jika tidak sudah tentu dapat layak secara automatik, tetapi mereka memilih untuk kelayakan kedua untuk beraksi di London," kata baginda kepada pemberita di sini, Khamis.

Tengku Abdullah turut mahu pemain mempamerkan aksi dan prestasi yang lebih positif bagi menentukan kejayaan dalam saingan kelayakan itu.

"Pemain juga perlu dapat mengekalkan kecergasan selain mengelak masalah kecederaan dengan keadaan cuaca sejuk di Dublin yang boleh memberi kesan terhadap pemain dan pasukan," kata baginda.

Baginda turut mengakui saingan getir bakal dihadapi daripada tiga pencabar utama iaitu pasukan tuan rumah, Ukraine dan Korea Selatan selain pasukan Rusia dan Chile. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan