Serpa Rangkul Kejuaraan Keseluruhan Kali Kedua

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jose Serpa dari pasukan Androni Giocattoli diumumkan sebagai pemenang keseluruhan edisi ke 17 Le Tour de Langkawi (LTdL).

Ini merupakan kemenangan Serpa kali kedua dalam penyertaannya di kejohanan itu yang menerima trofi pusingan yang diperkenalkan pada edisi tahun ini sumbangan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Peserta Itali itu merangkul kejuaraan tersebut dalam klasifikasi am individu bila beliau mencatat masa 32 jam 55 minit 31 saat dalam tempoh 10 hari.

"Ini amat penting bagi saya dan juga pasukan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana melakukan segala usaha untuk saya. Kami semua gembira dapat membawa pulang kemenangan ini," kata Serpa, yang kali terakhir memenangi jersi kuning pada 2009.

Serpa juga merangkul jersi merah atau juara "King of the Mountain" selepas mengumpul 27 mata.

Pasukan Serpa, Androni Giocattoli, diumumkan sebagai pemenang dalam klasifikasi am pasukan selepas mencatat masa 98:50:34s. Sementara itu, pelumba pecut muda Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini-Selle Italia memasukkan peringkat akhir dan merangkul kemenangan peringkat kali keenam di LTdL.

Di peringkat akhir pada Ahad, bagi perlumbaan dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu, dalam jarak 114.8km, Guardini mencatat masa 2:36:42s.

Peserta berusia 22 tahun itu juga merangkul jersi biru bila beliau menduduki tempat teratas pertandingan pecut dengan catatan 94 mata. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan