Mohd Zamri, Mohd Harrif Pelumba 10 Terbaik Peringkat Ke-9 LTdL 2012

Diterbitkan: Ahad, 4 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Gandingan mantap pasangan adik beradik, Mohd Zamri dan Mohd Harrif Salleh muncul antara pelumba terbaik tempatan yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik.

Mohd Zamri yang banyak bertindak di bahagian pelumba domestik dalam pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, manakala Mohd Harrif yang lebih terkenal sebagai pakar pecut menamatkan saingan di tempat ke-10.

Peringkat kesembilan dari Kemasik ke Kuala Terengganu sejauh 165.7km yang berlangsung dalam keadaan lembab dan hujan lebat itu menyaksikan ramai pelumba tergelincir dan jatuh pada 3km sebelum sampai ke garisan penamat.

"Lagi 3km, ada ramai pelumba kemalangan dan kelompok pelumbaan telah terputus kepada dua kelompok. Saya nampak ramai yang jatuh termasuk adik saya.

"Saya berusaha keras untuk mengejar kelompok di hadapan. Saya kena kerja kuat untuk bawa Mamat (Harrif) ke depan semula. Banyak tenaga habis untuk kejar kelompok depan itu," kata pelumba berusia 28 tahun itu.

Bagi Mohd Harrif, beliau bersyukur kerana kemalangan yang menimpanya hari ini tidak serius dan membolehkan beliau untuk menamatkan saingan edisi LTdL ke-17 ini, Ahad.

Perlumbaan pada Sabtu berlangsung dengan kayuhan purata kelajuan 42.93km sejam, para pelumba berkayuh sejauh 165.7 kilometer menempuhi cuaca hujan lebat dan lembab sepanjang laluan menuju ke garisan penamat di sini.

Walaupun dalam keadaan hujan, ianya sedikitpun tidak menghalang para pelumba untuk melakukan asakan dan pecahan (break away) tetapi dalam keadaan masing-masing berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

Bagaimanapun, pada 3km terakhir menuju garisan penamat, telah berlaku sedikit kemalangan yang turut melibatkan beberapa pelumba termasuk pelumba tempatan Anuar Manan.

Tetapi kemalangan itu tidak menghalang kesemua 119 pelumba meneruskan kayuhan pada peringkat ke-10, iaitu peringkat terakhir LTdL edisi ke-17, yang akan bermula di Tasik Kenyir dan berakhir di Kuala Terengganu sejauh 114.8km.

Pada perlumbaan Ahad, kesemua pelumba khususnya perebutan jersi biru, masih berpeluang untuk mengutip mata di tiga zon pecutan iaitu di Padang Air dan dua zon pecutan di gerbang penamat di Kuala Terengganu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan