Kesihatan Nashatar Bertambah Baik

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Datuk Nashatar Singh, bekas Olimpian negara yang pernah beraksi pada dua temasya Sukan Olimpik, kini bertambah baik selepas hampir seminggu dimasukkan ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Nashatar, 73, yang mengalami sakit belakang dan urat saraf, dilihat masih memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak dan ketika ini menerima rawatan khas fisioterapi sebagai satu daripada proses pemulihan.

"Sejak dua minggu lalu, saya tidak boleh berjalan, tapi sekarang saya rasa lebih baik walaupun masih sakit. Mungkin dalam beberapa hari lagi akan dibenarkan pulang, tetapi buat masa ini saya perlu jalani rawatan fisioterapi intensif supaya saya boleh berjalan semula dan bergerak seperti biasa," menurut Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dalam satu kenyataan.

Sebagai anggota YAKEB, kos rawatan Nashatar ditanggung di bawah Skim Perlindungan Insuran Hospital dan Perubatan YAKEB, dengan had yang dilindungi adalah sehingga RM40,000 selain beberapa faedah lain.

Nashatar merupakan antara sebilangan kecil atlet olahraga tanah air yang pernah beraksi di setiap kejohanan bermula dari Sukan SEAP 1959 hinggalah temasya paling berprestij Sukan Olimpik yang menghimpunkan barisan bintang sukan ternama dunia.

Nashatar beraksi dua kali pada Sukan Olimpik, Tokyo 1964 dan Mexico 1968.

Antara pencapaian hebat beliau, dua pingat emas sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 dengan lontaran lembing sejauh 71.56m (rekod Asia), dan kemudiannya memecahkan rekod Sukan SEAP dalam acara lontar peluru dengan lontaran sejauh 14.09m.

Pada 1966, beliau meraih pingat emas acara rejam lembing Sukan Asia di Bangkok, dengan catatan 72.92m sekaligus memperbaharui rekod Asia miliknya.

Pencapaian hebat Nashatar tidak terhenti di situ, beliau unggul dengan memenangi enam pingat emas berturut-turut acara rejam lembing Sukan Sea dari 1967 hingga 1975, dan juga emas lontar peluru pada tahun 1967.

Beliau bersara pada 1977 dan beralih ke bidang kejurulatihan pada 1977 hingga 1994.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan