KOM Umum Senarai Jawatan Ketua Jurulatih Enam Disiplin Minggu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dijangka akan mengumumkan senarai calon yang terpilih untuk mengisi jawatan Ketua Jurulatih dalam enam disiplin sukan itu minggu depan.

Naib Presiden KOM Datuk R. Annamalai berkata semua calon bagi jawatan itu untuk acara pecut, jarak sederhana dan jauh, berhalangan, berjalan kaki, lompatan dan balingan sudah dikenalpasti.

Katanya Presiden KOM Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengumumkan nama calon yang berjaya di kalangan jurulatih tempatan dan atlet kebangsaan pada Bengkel Kejurulatihan KOM selama sehari di Majlis Sukan Negara (MSN) minggu depan.

"Calon-calon tersebut merupakan pilihan bersama Shahidan dan juga MSN. Kita mengambil mereka berdasarkan kepakaran dan juga pengalaman masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan KOM (JKK) yang dipengerusikan oleh Shahidan di sini, Khamis.

Mesyuarat hampir dua jam itu yang turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Atlet MSN, Ahmad Shapawi Ismail dan semua jurulatih negara.

Annamalai berkata KOM juga sedang mencari calon-calon yang sesuai termasuk jurulatih asing dan tempatan bagi menduduki jawatan Pengarah Teknikal yang turut diwujudkan selepas mesyuarat JKK lepas.

Sehingga kini, empat calon telah disenaraikan iaitu dari Belgium, Amerika Syarikat, Ukraine dan Algeria bagi jawatan tersebut dengan bermatlamat mengembalikan semula kegemilangan sukan olahraga negara.

Mengulas mengenai pencarian panel jawatankuasa bebas untuk menyiasat petisyen yang difailkan oleh 42 atlet dan 16 jurulatih olahraga ke atas Timbalan Presiden KOM Datuk Karim Ibrahim baru-baru ini, Annamalai berkata pihaknya telah meminta bantuan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk melihat perkara tersebut.

Sebelum ini, MOM dikatakan tidak bersetuju dengan lima wakil yang dicadangkan oleh KOM untuk mengisi jawatankuasa tersebut iaitu MSN, Institut Sukan Negara, Pesuruhjaya Sukan, KOM dan MOM.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk V.C George telah mendapat persetujuan Shahidan untuk mempengerusikan jawatankuasa tersebut.

Petisyen bertajuk "Laporan dan Aduan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan kepada Presiden KOM" bertarikh 13 Feb 2012 setebal 11 muka surat itu antara lain meminta Karim disingkirkan dari jawatannya.

Beliau didakwa menjadi dalang di sebalik kegagalan ujian anti-doping ke atas Mohd Yunus Lasalleh, atlet 4x400m negara pada Sukan SEA Indonesia 2011. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan