Serpa Tawan Genting, Rampas Jersi Kuning, Merah

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GENTING HIGHLANDS: Juara hatrik pendakian puncak Genting Highlands, Jose Serpa, sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila menakluk laluan paling mencabar pada peringkat keenam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 yang berakhir di sini, Rabu.

Pelumba kelahiran Colombia dari pasukan Androni Giocattoli itu, yang pernah menawan kemuncak bukit itu pada 2006, 2007 dan 2009, mencatatkan masa 3 jam 9 minit 37 saat.

Bagaimanapun, Serpa diberi tentangan sengit oleh pelumba senegara Victor Nono Corrido dari Azad University Cross Team yang hanya ketinggalan dua saat di garisan penamat.

Tempat ketiga disandang oleh Jose Rujano dari pasukan Androni Giocattoli, yang menamatkan saingan dengan masa 3:10:23s.

Di samping menjuarai saingan sejauh 180km bermula dari Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam, Serpa turut muncul pendahulu jersi Kuning (pelumba terbaik keseluruhan) dan jersi Merah (pelumba pendakian terbaik).

"Saya terkejut untuk merangkul kedua-dua jersi itu. Saya hanya menjangkakan untuk melakukan kayuhan yang baik dan menjangka Rujano (Jose) menang hari ini.

"Pada kilometer terakhir, dia (Rujano) nampak tidak berdaya dan saya terpaksa melakukannya," kata pelumba berusia 32 tahun itu selepas perlumbaan itu.

Serpa kini mengumpul catatan masa 20:11:11s untuk muncul pendahulu pelumba terbaik keseluruhan (Jersi Kuning) dan juga mendahului saingan Pelumba Pendakian Terbaik (Jersi Merah) dengan 27 mata.

Pasukan Androni Giocattoli juga menguasai saingan pasukan terbaik keseluruhan dengan catatan masa terkumpul 60 jam 37 minit dan 34 saat, iaitu 13 minit 37 saat di hadapan pencabar terdekat, pasukan Astana Pro Team.

Pengurus pasukan Gianni Savio memuji kemenangan anak buahnya atas sumbangan kepada pasukan khususnya apabila memenangi peringkat perlumbaan itu sekali lagi dengan tiga pelumba di barisan depan.

"Saya amat gembira. Pujian saya kepada Serpa dan juga semua pelumba pasukan. Serpa merupakan seorang gentlemen kerana tidak menyerang Rujano yang juga ketua pasukan tetapi di garisan penamat, kami menang bukan sahaja peringkat perlumbaan tetapi juga mendahului pasukan terbaik keseluruhan," katanya.

Sementara itu, pelumba Itali, Andrea Guardini, masih mengekalkan jersi Biru (pelumba pecut terbaik) dengan mengumpul 45 mata.

Manakala jersi Putih, selaku pelumba terbaik Asia masih dimiliki oleh Alexandre Dyachenko, pelumba Kazakhstan dari pasukan Astana Pro Team dengan catatan masa keseluruhan 20:13:31s.

Daripada 124 pelumba yang memulakan saingan hari ini, hanya pelumba Iran, Hossein Alizadeh dari pasukan Tabriz Petrochemical Team gagal menamatkan saingan peringkat keenam.

Perlumbaan peringkat ketujuh esok dari Bentong ke Kuantan, sejauh 205.8km, merupakan jarak paling jauh dalam 10 peringkat jelajah berprestij itu.

Seramai 123 pelumba akan meneruskan aksi pada peringkat tersebut melibatkan tiga zon pecutan di Mentakab, Maran dan Gambang dan satu pendakian di Bukit Genting sebelum ke garisan penamat di bandar Kuantan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan