ATC Di Bukit Jalil Tarik Atlet Luar Negara

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 40 atlet olahraga dari luar negara, 35 dari Arab Saudi dan lima dari Kazakhstan, kini menjalani latihan di Pusat Akreditasi Olahraga Dunia (ATC) yang bertempat di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil.

Pengarah ATC Mohd Musa Noor Mohd berkata lebih ramai atlet olahraga dari luar negara dijangka berlatih di Bukit Jalil terutamanya selepas pusat tersebut diiktiraf sebagai salah sebuah pusat latihan terbaik dunia oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

"Pengiktirafan itu akan memberi impak positif kepada ATC secara menyeluruh dan kredit kepada MSN yang menyediakan kelengkapan sukan kelas satu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Rabu.

ATC sebelum ini dikenali sebagai Pusat Latihan Prestasi Tinggi (HPTC) Asia yang menawarkan latihan khusus dalam acara pecut, lari berpagar dan lompat galah kepada atlet dari Asia. S elain atlet luar negara, atlet olahraga tempatan di bawah naungan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) juga berpeluang berlatih dengan atlet ATC kerana mereka menggunakan kemudahan dan venue yang sama.

"ATC telah bergabung dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), MSN, Insitut Sukan Negara (ISN), justeru semua atlet adalah di bawah satu payung," katanya.

Selain di Bukit Jalil, terdapat 11 ATC di seluruh dunia, dua di Ukraine dan setiap satu di Perancis, Hungary, Ukraine, Finland, Oman, Maghribi, Itali, Sweden dan Portugal. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan