Lebih 20,000 Peserta Dijangka Terlibat Dalam Maraton KL 2012 - Sukan Ekstra | mStar

Lebih 20,000 Peserta Dijangka Terlibat Dalam Maraton KL 2012

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur Kejohanan Maraton KL Standard Chartered 2012 menyasar untuk menarik 27,000 peserta pada perlumbaan 24 Jun ini.

Pelumba dari 45 negara dijangka menyertai kejohanan tahun ini dengan bertemakan "Run for a Reason" yang dianjurkan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Bhd bersama Dirigo Events Sdn Bhd.

Program yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ini menyediakan wang tunai keseluruhan bernilai USD112,330.

Pengarahnya, Rainer Biemans berkata, setakat ini lebih 10,000 peserta telah mendaftar sejak pendaftaraan dibuka 1 Februari lalu.

"Dengan penyertaan seramai 13,500 pelumba sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, acara berkenaan telah berkembangan sebanyak 60 peratus apabila mencatat jumlah peserta 22,000 orang tahun lalu.

"Kami akan turut mengajur aktiviti selama empat bulan sebelum hari kejohanan yang boleh diambil bahagian oleh peserta," katanya. Biemans.

Kejohanan tahun ini menawarkan 10 kategori larian termasuk dua kategori baru iaitu cabaran uiversiti dan MSIG Ekiden yang terbuka untuk penyertaan orang ramai.

Antara kategori lain ialah maraton penuh, 10 km, 5 km, 2.5 km dan 700m.

Makumat lanjut kejohanan boleh dilayari di www.kl-marathon.com.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan