Pasukan Ragbi UMT Mahu Cipta Kejayaan Kejohanan Piala Naib Canselor

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan Ragbi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yakin mampu mencatat kemenangan bergaya terhadap saingannya dalam Kejohanan Ragbi Piala Naib Canselor UMT yang akan diadakan bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Kapten pasukan tuan rumah itu, Mohd Khairee Ibrahim berkata keyakinan itu diluahkan kerana mereka sepasukan telah menjalani latihan selama dua jam setiap hari dan tidak sabar menunggu detik perlawanan untuk merangkul piala yang dipertaruhkan buat julung kali itu.

"Kami tidak gentar berdepan dengan pasukan lawan yang jauh lebih berpengalaman dan yakin dengan kemampuan untuk memberi persembahan terbaik d tempat sendiri untuk melakar antara jaguh ragbi universiti tempatan," katanya ketika ditemui selepas sidang media di Dewan Senat UMT di sini, Ahad.

Pada majlis itu, Mohd Khairee dan rakan sepasukannya turut menerima jersi ragbi dan kata-kata semangat dari Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Aziz Deraman yang mengharapkan kemenangan sulung pasukan ragbi universiti dalam kejohanan pertama itu.

Pasukan ragbi UMT kini mula mencipta nama dalam saingan sukan ragbi antara universiti rentetan beberapa kejayaan cemerlang yang dicapai pasukan itu sepanjang tahun lalu.

Antaranya muncul sebagai Naib Johan Plate Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (Masum) siri pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak dan Naib Johan Plate Masum siri ketiga di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mengakui pasukan Kuala Terengganu Rugby Club (KTRC) sebagai lawan yang lebih kuat dan mampu memberikan cabaran, Mohd Khairee berkata mereka telah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk berdepan mana-mana pasukan sekali pun.

"Kami akan berjuang habis-habisan untuk mengharumkan nama universiti, apatah lagi kami telah mendapat sokongan padu dari warga UMT. Kelebihan bermain di tempat sendiri juga akan kami manfaatkan sepenuhnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan