LTdL 2012: Kecederaan Tidak Halang Guardini Raih Jersi Biru

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Guardini menjadi Raja Pecut pada peringkat kedua LTdL dari Putrajaya ke Dataran Pahlawan, Melaka,Sabtu.
Guardini menjadi Raja Pecut pada peringkat kedua LTdL dari Putrajaya ke Dataran Pahlawan, Melaka,Sabtu.

MELAKA: Kecederaan yang dialami ketika beraksi di Tour of Oman baru-baru ini, sedikitpun tidak menggugat kayuhan mantap pelumba Itali, Andrea Guardini meraih Jersi Biru pada peringat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 yang bermula di Putrajaya dan berakhir di Dataran Pahlawan, Melaka, Sabtu.

Pelumba berusia 22 tahun itu menyifatkan kecederaan yang dialaminya itu sebagai kecederaan ringan dan tidak memudaratkan di samping tidak akan menyekatnya untuk merekodkan kemenangan pada perlumbaan ini yang sudahpun masuk edisi ke-17 ini.

Guardini yang mewakili pasukan Farnese Vini-Selle Italia (FAR) menamatkan perlumbaan dengan merekodkan masa 3 jam 35 minit 19 saat.

Dia diikuti rapat pelumba dari United Healthcare (UHC), Jacobe Keough di tempat kedua manakala Christian Delle Stelle dari Colnago CSF Inox berada di tempat ketiga.

"Keadaan agak sukar untuk menetapkan kedudukan terbaik ketika menuju di garisan penamat.

"Pelumba-pelumba dari pasukan Europcar juga sedang melakukan kerja yang baik di kedudukan hadapan.

"Pada lencongan terakhir, saya dan dua rakan lagi, Bertolini (Thomas) dan Benenati (Cristian) cuba mencari kedudukan terbaik sebelum memecut ke garisan penamat.

"Kami sudah melakukan kerja yang baik. Terima kasih kepada rakan sepasukan kerana meletakkan ," kata Guardini yang mengumpul 15 mata, sekaligus bergelar Raja Pecut selepas tamat perlumbaan hari ini.

Kemenangan ini merupakan gelaran pertama Guardini selepas gagal meraih sebarang kemenangan ketika menyertai tiga perlumbaan iaitu Tour de San Luis, Tour of Qatar dan Tour of Oman sebelum mengesahkan penyertaan ke LTdL 2012, baru-baru ini.

Guardini merupakan Raja Pecut pada LTdL 2011 apabila mengungguli lima peringkat iaitu 1, 2, 6, 7 dan 10.

Sementara itu, pelumba profesional dari Amerika Syarikat, David Zabriske yang mewakili pasukan Garmin Barracuda mengekalkan Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan selepas menamatkan peringkat kedua.

Manakala pelumba Drapac Cycling (DPC), Floris Goesinnen dari Belanda disarungkan Jersi Merah selaku Raja Bukit selepas mengumpul lapan mata dengan memenangi dua zon pendakian kategori empat di Bukit Pelandok dan Linggi.

Pelumba pasukan sensasi Astana Pro Team, Dmitriy Gruzdev, mengekalkan Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia setakat ini.

Selepas tamat peringkat kedua hari ini, pasukan Garmin Barracuda masih mengekalkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 12 jam 02 minit 35 saat manakala pasukan Astana Pro Team pula merekodkan jumlah masa 12 jam 05 minit 29 saat selaku pasukan terbaik keseluruhan Asia.

Selain itu, pelumba sensasi Malaysia, Anuar Manan yang mewakili pasukan Champion System turut menempatkan diri dalam kelompok pertama tiba di garisan penamat di tempat keempat manakala Mohd Zamri Salleh yang mewakili pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) pula berada di tempat kesepuluh.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan