Kejohanan Tinju Muay Thai Di Stadium Titiwangsa Esok

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Faizal akan beraksi untuk menentang pasukan lawan dari luar negara.
Faizal akan beraksi untuk menentang pasukan lawan dari luar negara.

PETALING JAYA: Kejohanan seni mempertahankan diri Kombat F3 yang melibatkan peninju-peninju Muay Thai dan Seni Bela Diri Pelbagai (MMA) akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini bertujuan mempamerkan kehebatan 20 regu kedua-dua kategori peninju terbabit.

Acara tersebut akan berlangsung di Stadium Titiwangsa dekat sini bermula pukul 9 pagi dan 8.30 malam.

Raw Think Tank agensi pengiklanan acara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Jumaat berkata, salah satu regu utama dalam acara berkenaan akan menampilkan bintang Muay Thai negara iaitu Faizal ‘Siku Emas’ Ramli yang pernah mengambil bahagian dalam Challenger Muay Thai. Ia pernah ditayangkan menerusi saluran AXN tidak lama dulu.

Faizal dan rakan sepasukannya Mohd Ali Yakub akan berlawan dengan peninju luar negara pada kejohanan terbabit.

Selain Malaysia, peninju-peninju lain yang turu terlibat antaranya dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Iran, Turkmenistan, Borneo, Thailand dan Sudan.

“Acara utama bagi kejohanan itu akan bermula pada pukul 8.30 malam kedua-dua hari tersebut. Tidak ketinggalan perlawanan “Junior Muay Thai” akan diadakan pada bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang,” kata kenyataan itu.

Junior Muay Thai katanya adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada peninju baru mengambil bahagian dalam acara itu sehingga ke tahap profesional.

Harga tiket bagi menyaksikan acara tersebut bermula dari RM10 hingga RM50.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan