LTdL 2012: Danielson Sambung Musim 2012 Bersama Garmin-Barracuda

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun selepas menjuarai Le Tour de Langkawi (LTdL) bersama pasukan Saturn, Tom Danielson (gambar) akan mengetuai cabaran pasukan Garmin-Barracuda dari Putrajaya pada 24 Februari ke Kuala Terengganu pada 4 Mac pada peringkat pembukaan ujian masa individu sejauh 20.3km di pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia itu.

Danielsonbakal bersama rakan senegara David Zabriskie yang dilabel sebagai pelumba pilihan pada peringkat pembukaan ujian masa ini.

"Jelajah ini cukup dekat di hati saya. Saya memulakan karier saya di sini," komen Danielson yang memulakan kariernya sebagai pelumba basikal bukit sebelum beralih ke acara lebuh raya ketika dia memenangi LTdL pada usia 25 tahun pada 2003.

Prestasi cemerlangnya membolehkan dia membina karier bersama pasukan handalan seperti Fassa Bortolo, Discovery Channel dan Garmin.

Atas pelbagai sebab, dia hanya berlumba di Tour de France tahun lalu dan menamatkan perlumbaan di tangga kesembilan keseluruhan.

Dengan nama Slipstream ketika itu, pasukan yang dikendalikan Jonathan Vaughters itu kembali ke Malaysia sebagai pasukan Pro Tour dengan nama Garmin pada 2009. Mereka mendapat keputusan baik dengan Lucas Euser menduduki tempat kelapan keseluruhan dan beberapa kali kedudukan tempat kedua menerusi pakar pecut Chris Sutton.

“Sejak itu, saya sering berkata di seluruh dunia bahawa Le Tour de Langkawi adalah antara perlumbaan kegemaran saya,”kata pengarah pasukan, Johnny Weltz yang turut mendapat beberapa rakan karib di Malaysia.

Pengurus pasukan yang baru dilantik, Allan Peiper menegaskan Le Tour de Langkawi adalah perlumbaan pertama pasukan itu bagi pelumba bertaraf Tour de France, Danielson dan Zabriskie yang akan terbang terus dari Amerika ke Malaysia kerana mahu mengelak latihan di dalam cuaca sejuk di Eropah, Februari ini.

“Saya yakin kami akan dapat menurunkan sebuah barisan yang cukup kompetitif di Le Tour de Langkawi ini,” kata Peiper.

Perlumbaan 10 hari itu akan bermula dengan acara Ujian Masa Individu sejauh 20.3 kilometer di Putrajaya; diikuti Peringkat 2 Putrajaya - Melaka (151.0km); Peringkat 3 Ayer Keroh - Parit Sulong (187.6km); Batu Pahat - Muar (169.4km); Ayer Keroh - Pandan Indah (190km); Proton Shah Alam - Genting Highlands (108km); Bentong - Kuantan (205.8km); Pekan - Chukai (100.8km); Kemasik - Kuala Terengganu (165.7km) dan Tasik Kenyir - Kuala Terengganu (114.8km).

Pasukan Garmin-barracuda : Tom Danielson (Usa), Nathan Haas (Aus), Alex Howes (Usa), Raymond Kreder (Ned), Tom Peterson (Usa), David Zabriskie (Usa).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan