1MCC Bantu Perkembang Program Sukan Ragbi Di Johor

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: 1Malaysia Cardiff City (1MCC) yang sebelum ini membantu dalam pembangunan sukan bola sepak di negara ini, kini mengembangkan peranannya dengan menyokong pembangunan sukan ragbi di Johor. Pengerusinya 1MCC Datuk Chan Tien Ghee berkata, 1MCC mempunyai objektif yang jelas dalam membantu pembangunan sukan di negara ini dan ia tidak terbatas hanya untuk sukan bola sepak.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis mendatangani perjanjian persefahaman (MoU) Program Pembangunan Sukan Ragbi Johor antara Kesatuan Ragbi Negeri Johor dengan 1MCC di sini Selasa.

Chan mewakili 1MCC manakala Kesatuan Ragbi Negeri Johor diwakili oleh presidennya Noorazam Osman dengan disaksikan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Penaung Kesatuan Ragbi Negeri Johor.

Melalui MoU itu, 1MCC akan terlibat secara langsung dengan program pembangunan ragbi Johor melalui penganjuran sirkit kejohanan di peringkat junior, kursus kejurulatihan dan kepengadilan serta penganjuran Karnival Ragbi Johor 2012 pada 22 dan 23 Jun di Dataran Bandaraya Johor Baharu.

Pada majlis itu, Kesatuan Ragbi Negeri Johor menerima sumbangan RM30,000 daripada Central Malaysia Properties (CMP). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan