Atlet Angkat Berat Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Atlet angkat berat negara Firdaus Abdul Razak membuat satu laporan polis menafikan ada menggunakan dadah terlarang yang menyebabkan beliau positif ujian anti-doping ketika merangkul pingat gangsa pada temasya Sukan SEA Indonesia tahun lepas.

Laporan polis itu dibuat pada 3.56 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan beliau turut ditemani jurulatih angkat berat Kedah Mohd Noor Osman.

Firdaus, 24, berkata laporan dibuat setelah mendapat lampu hijau daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang mengesyorkan beliau membuat satu laporan bagi membela dirinya yang dikatakan dianiaya.

Beliau berkata laporan itu juga bertujuan membersihkan namanya yang tercemar selepas dikaitkan dengan penggunaan dadah dalam sukan angkat berat.

"Saya mahu polis menyiasat mengenai perkara ini dengan lebih lanjut serta dua jenis ubat (kapsul dan ubat putih) yang diberikan oleh jurulatih MSN yang berasal dari China, Lim Zin Hui, sepanjang latihan di sana (pada Oktober).

"Jurulatih saya (Lim) menghubungi rakan saya dan menyuruh saya menghentikan isu tersebut (ubat), dan jika tidak, perniagaan saya akan terjejas," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu.

Firdaus, yang memecah rekod kebangsaan kategori 105 kilogram acara 'snatch' dengan angkatan 151 kilogram pada September tahun lepas, turut melakukan ujian doping terakhir pada 17 Sept lalu, dan hasilnya beliau bebas daripada penggunaan dadah terlarang.

Pemilik Firdaus Fitness & Gym di Simpang Kuala dekat sini itu turut terkilan berikutan kes tersebut, beberapa keluarga atlet Sukan Malaysia (Sukma) Kedah mahu anak mereka menarik diri kerana bimbang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Dalam laporan polis itu, antara lain, Firdaus berkata beliau tidak pernah mengambil dadah terlarang sejak terlibat dalam sukan angkat berat dan pernah menjalani ujian doping pada 2002, 2004, 2006, 2008, 2010 dan terakhir pada 17 Sept 2011.

Firdaus berkata beliau juga telah berkorban untuk negara sehingga tidak dapat melihat jenazah ibunya, yang meninggal dunia ketika atlet itu berada di China, dikebumikan berikutan kesilapan teknikal MSN.

"Pengorbanan ini semua untuk negara Malaysia. Di China, saya tidak pernah menerima gaji dan elaun, malah duit saya sendiri dibelanjakan sedangkan saya berkorban meninggalkan perniagaan saya sendiri demi latihan di China dan Sukan SEA," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan