Arahan Henti Siasatan Anti-Doping Daripada MOM, Bukan Inasoc:Sieh

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Selasa menjelaskan arahan kepada dua persatuan sukan agar menghentikan siasatan berhubung kes anti-doping pada Sukan SEA Indonesia dikeluarkan oleh MOM, bukan Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc).

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata mengikut peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), kuasa untuk menjalankan siasatan kes anti-doping menjadi bidang kuasa badan Olimpik kebangsaan dan bukan persatuan terbabit.

"Tetapi ada kelonggaran. MOM boleh menurunkan kuasa kepada persatuan untuk melakukan siasatan tetapi MOM mahu menubuhkan jawatankuasa siasatan sendiri," katanya kepada Bernama.

Sieh menyifatkan adalah tidak tepat laporan media hari ini yang merujuk Inasoc sebagai badan yang mengeluarkan arahan kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk menghentikan siasatan berhubung kes anti-doping melibatkan atlet kedua-dua persatuan itu.

"Inasoc telah dibubarkan sebaik sahaja Sukan SEA Indonesia berakhir," katanya.

KOM dan PABM sebelum ini menubuhkan jawatankuasa penyiasatan masing-masing selepas kedua-dua sampel A dan B atlet mereka, Mohd Yunus Lasaleh dari sukan olahraga 4x400 meter lelaki dan Fidaus Abdul Razak dari acara angkat berat, didapati positif ujian anti-doping.

Presiden KOM Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mengesahkan telah menerima arahan untuk menangguh siasatan, sementara Presiden PABM Zafarul Akbar Kassim ketika dihubungi hari ini berkata masih menunggu arahan daripada MOM. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan