Zulfadli Dipilih Atlet Remaja Terbaik, 2011, Anugerah Utama Sengit

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Juara dunia badminton remaja, Zulfadli Zulkifli dipilih sebagai Atlet Remaja Terbaik 2011 sempena Anugerah Penulis-Penulis Sukan (SAM)-100Plus-KBS yang akan diadakan pada 26 Februari ini.

Zulfadli yang merupakan juara Sirkit Remaja Kebangsaan 100Plus tahun lalu bakal menerima trofi dan wang insentif bernilai RM3,000.

Sementara itu, kategori utama, Anugerah Atlet Terbaik ini masih menjadi teka-teki dengan menyaksikan sepuluh pencalonan sengit bersaing antara satu sama lain.

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendahului pencalonan utama, diikuti ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, Pandelela Rinong (terjun), Fatehah Mustafa, Jupha Sommet (berbasikal), Nur Suryani Taibi (menembak), Jacqueline Jenelee, Andrian Ang (boling), Aaliyah Yoong (luncur air), Kevan Cheah (wushu) dan pasukan memanah lelaki.

Pemenang Anugerah Atlet Terbaik 2011 bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta Trofi Kristal.

Tahun lalu, anugerah tersebut telah dirangkul oleh Pandelela.

Selain kategori utama, turut menjadi perhatian ialah anugerah 'Outdo Yourself' yang mana akan diberikan kepada atlet individu atau berpasukan yang telah mencapai kejayaan paling cemerlang.

Skuad bola sepak bawah 23 tahun meraih anugerah ini tahun lalu selepas memenangi pingat emas pada Sukan Sea di Laos, 2009.

Tidak ketinggalan, ahli-ahli SAM juga bakal menerima hadiah lumayan apabila tahun ini menyaksikan enam kategori dipertandingan berbanding lima kategori tahun lalu.

Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa berkata, penambahan dari lima ke enam kategori dibuat selepas mendapat sambutan baik daripada semua ahli SAM.

"Kita mendapat 200 penyertaan berbanding tahun lalu yang hanya 100 penyertaan sahaja.

"Dengan peningkatan ini, kami mengambil keputusan untuk menambah satu lagi kategori baru bagi memberi lebih peluang kepada semua peserta," katanya pada sidang media, Selasa.

Enam kategori termasuk Laporan Terbaik (media cetak), Ulasan Terbaik (media cetak), Laporan Berita Terbaik (media elektronik), Ulasan Terbaik (media elektronik), Laporan Khas (media cetak dan elektronik) dan Fotografi Terbaik.

Pemenang keseluruhan akan menerima RM7,000 dan trofi, manakala pemenang setiap kategori bakal menerima RM3,000 dan trofi.

Lima pencalonan yang disenaraipendek setiap kategori akan menerima RM500 dan trofi.

Semua hadiah bakal disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan