LTdL 2012: Astana Sasar Menang Salah Satu Peringkat

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pegawai Operasi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012, Emir Abdul Jalal (dua, kiri) bergambar bersama dua pelumba Astana Pro Team, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada Ahad: Foto: BERNAMA
Ketua Pegawai Operasi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012, Emir Abdul Jalal (dua, kiri) bergambar bersama dua pelumba Astana Pro Team, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada Ahad: Foto: BERNAMA

SEPANG: Saingan sengit dijangka untuk jersi biru (Raja Pecut) apabila pasukan berstatus Pro-Tour, Astana dari Kazakhstan berhasrat untuk memenangi salah satu peringkat pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 yang bermula di Putrajaya pada 24 Februari ini.

Ketua pasukan Astana, Vinokourov Alexandre berkata mereka mahu mencapai sasaran yang lebih baik pada perlumbaan edisi ke-17 tahun ini.

"Saya telah menyertai perlumbaan berprestij ini pada 1997 dan ini adalah kali kedua. Bersama dengan pasukan, kami mahu menyasarkan pencapaian yang baik.

"Saya akan melakukan terbaik mungkin untuk memenangi satu peringkat perlumbaan. LTdL mempunyai tempat khas dalam hati saya dan sudah tentu perlumbaan 10 hari ini adalah waktu untuk memperbaiki prestasi saya," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Ahad.

Vinokourov, Alexandre Dyachenko dan Andrey Zeits bersama pengurus pasukan Alexandr Shefer tiba di sini untuk memulakan saingan sejauh 1,410.7km dengan peringkat pertama acara ujian masa individu bermula di Putrajaya.

Vinokourov akan diiiringi oleh pelumba pecut Assan Bazayev dan Alexandre (yang menduduki tempat kesembilan pada Kejohanan Dunia 2011), Dimitriy Gruzdev, Valentin Iglinskiy (juara Jelajah Hainan 2010 dan 2011) serta Andrey, naib juara Jelajah Turki tahun lepas.

Edisi LTdL tahun ini akan menyaksikan sejarah apabila lima bekas juara akan memulakan cabaran.

Mereka adalah juara 2003, Tom Danielson, Freddy Gonzalez (2004), Anthony Charteau (2007), Jose Rujano (2010) dan Jonnatha Monsalve yang ingin mempertahankan gelaran juara bertahan.

Untuk rekod, hanya Paolo Lanfranchi berjaya memenangi kejuaraan LTdL untuk dua kali iaitu pada tahun 1999 dan 2001.

LTdL 2012, yang memiliki status 2HC (Hors Classe), dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) serta diiktiraf oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Jelajah Asia UCI.

Sebanyak 22 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada perlumbaan 10 peringkat itu yang akan berakhir di Kuala Terengganu pada 4 Mac ini.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan