Suhardi Mungkin Ketuai Skuad Berbasikal Negara Ke LTdL 2012

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGAN: Pelumba berpengalaman, Suhardi Hasan, mungkin mengepalai pasukan kebangsaan bagi menghadapi kejohanan berbasikal berprestij, Le Tour de Langkawi 2012 (LTdl 2012) yang bakal membuka tirai pada 24 Februari ini.

Jurulatih skuad lebuh raya negara Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan berkata bagaimanapun, ketua pasukan Malaysia untuk cabaran LTdL tahun ini belum dilantik secara rasmi.

"Kita akan lantik tidak lama lagi. Saya rasa calon pelumba paling berpengalaman ialah Suhardi kerana dia merupakan pelumba veteran dan mempunyai pengalaman bersama pasukan kebangsaan," katanya.

Beliau berkata selain Suhardi, yang merupakan pelumba kelahiran Kuala Lumpur, lima lagi yang sah mewakili negara ialah Mohd Nor Rizuan Zainal, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, Amir Mustafa Rusli, Muhamad Rauf Nur Misbah dan Ahmad Falanie Ali.

"Skuad kita baru sahaja menamatkan latihan fasa akhir di Bangi (Selangor) kelmarin di mana kita telah menjalani latihan intensif yang dibuat sejak dua bulan lepas.

"Dalam tempoh tersebut, pelumba telah berkayuh sejauh 10,560 kilometer dan ini satu persiapan yang dilihat memberangsangkan dan diharapkan kecergasan (mereka) berada di tahap terbaik," katanya.

Syed Muhammad Hussaini juga berkata peluang pasukan negara meraih tempat teratas pada mana-mana peringkat dilihat agak sukar memandangkan kejohanan itu disertai beberapa pasukan bertaraf profesional dari luar negara.

"LTdL kali ini dilihat sebagai fokus pelumba profesional untuk persiapan diri bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik London 2012, maka pastinya mereka akan gunakan peluang ini untuk menonjolkan yang terbaik," katanya.

Beliau berkata sementara menunggu hari kejohanan, pelumba negara kini menjalani latihan berbentuk santai bagi mengekalkan prestasi masing-masing.

LTdL 2012 mengekalkan status 2.HC (Hors Classe) dan mendapat pengiktirafan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) serta UCI Asia Tour. Kejohanan 10 hari anjuran Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia akan melibatkan 10 peringkat perlumbaan sejauh 1,415.5 kilometer.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan