Kabinet Putus Sukma Pahang 2012 Berlangsung 7-16 Julai Ini

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sukan Malaysia (Sukma) Pahang 2012 akan berlangsung dari 7 hingga 16 Julai ini.

Tarikh itu diluluskan Kabinet pada Rabu berdasarkan kesesuaian setelah mengambilkira banyak perkara.

Pengarah Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Abdul Jalil Abdullah berkata, tarikh yang diluluskan oleh Kabinet itu bersesuaian dan tepat pada masanya.

"Semalam kita telah mengadakan perbincangan bersama persatuan sukan, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), pihak tuan rumah dan beberapa pihak berkaitan bagi membincangkan perkara ini dan tarikh itu diharap dapat memuaskan hati semua pihak," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Abdul Jamal berkata, Pahang sebagai tuan rumah memberi jaminan bahawa kerja-kerja akhir menyiapkan venue sukan dijangka siap pada bulan Mei.

Beliau berkata, tarikh kejohanan juga dianggap sesuai kerana ia tidak bertindih dengan sebarang perayaan ataupun cuti am.

Seramai 7,000 atlet dan pegawai dari seluruh negara dijangka mengambil bahagian dalam 24 acara yang ditawarkan melibatkan 32 pingat emas.

Abdul Jalil berkata, pihak MSN telah membuat persedian awal bagi menghadapi temasya sukan terbesar negara itu dan yakin bahawa pihak penganjur, Pahang mampu menganjurkan temasya itu dengan baik memandangkan Pahang pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1996. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan