Pelumba Malaysia Hambar Hari Pertama Acara Lebuh Raya ACC 2012

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelumba berbasikal negara kempunan untuk meraih pingat pada acara lebuh raya Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia ke-19 yang membuka tirainya pada Selasa.

Pada acara ujian masa individu yang berlangsung sekitar Putrajaya hari ini, kesilapan sendiri menyebabkan pelumba remaja lelaki negara, Ahmad Firdaus Abdul Karim kehilangan peluang untuk meraih pingat.

Ahmad Firdaus, 18, yang pertama kali menyertai Kejohanan Berbasikal Remaja Asia itu, mengaku agak gementar apabila terlewat kira-kira seminit ketika hendak memulakan kayuhannya.

"Saya jadi panik bila hendak mula kayuh, komisar meminta saya untuk buat pemeriksaan basikal. Kalau tidak disebabkan oleh perkara itu, mungkin saya sekurang-kurangnya boleh mendapat tempat ketiga," katanya.

Kategori remaja lelaki ujian masa individu itu dimenangi pelumba Hong Kong, Leung Chun Wing, manakala Hiroki Nishimura (Jepun) dan Robert Gaineyev (Kazakhstan) masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

Sementara Masziyaton Mohd Radzi, yang dipilih pada saat akhir untuk menggantikan kekosongan tempat Mariana Mohamad yang terlibat dengan kemalangan baru-baru ini, pula sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh acara ujian masa individu wanita elit.

"Saya sudah melakukan yang terbaik. Ini kali pertama saya bertanding dalam acara ITT ini (ujian masa individu). Untuk mendapatkan kedudukan lima teratas juga agak susah.

"Saya akan cuba untuk membuat persembahan yang terbaik pada perlumbaan lebuh raya nanti," katanya.

Pada 29 Januari lepas, Mariana bersama tiga lagi pelumba negara termasuk Masziyaton, terlibat dalam kemalangan ketika menyertai perlumbaan pemilihan untuk Kejohanan Berbasikal Asia.

Menurut Masziyaton, beliau hanya berlatih kira-kira dua minggu bagi mempersiapkan diri bagi acara berkenaan.

"Tempoh latihan itu sememangnya tidak cukup. Tumpuan latihan saya sebelum ini adalah untuk acara lebuh raya sahaja," katanya.

Acara lebuh raya wanita elit sejauh 119.7km akan diadakan pada Jumaat ini.

Dalam kategori remaja perempuan pula, pemenang pingat perak acara scratch remaja perempuan baru-baru ini, Noor Azian Maslin Sazali hanya mampu berpuas hati di tempat keempat dengan masa 19:47.440s.

Kategori remaja perempuan dimenangi pelumba Hong Kong Pang Yao dengan catatan masa 18:37.290s. Esok, acara ujian masa individu diteruskan dengan kategori lelaki elit dan lelaki bawah 23 tahun. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan