Atlet Perlu Peka Kandungan Makanan & Ubatan - MSN

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) mengakui terdapat kes tertentu mengenai penyalahgunaan bahan antidoping yang tidak disedari oleh atlet.

Ketua pengarahnya Datuk Zolkples Embong berkata berdasarkan kes sebelum ini, terdapat atlet yang tidak menyedari kewujudan bahan terlarang di dalam makanan atau ubatan yang diambil.

"Kepercayaan terhadap jurulatih yang memberikan makanan atau supplement tertentu juga menyebabkan atlet kadangkala terperangkap bila bahan tersebut sebenarnya mengandungi dadah terlarang," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis meraikan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-26 di Indonesia pada November lepas.

Zolkples memberikan contoh tiga penembak kebangsaan yang didapati positif dadah jenis Propranolol sewaktu kejohanan Piala Presiden Ally T.H. Ong pada 2007 selepas mereka diberi coklat oleh jurulatih tanpa mengetahui terdapat kandungan dadah di dalamnya. Terbaru, dua atlet negara yang meraih pingat dalam acara olahraga dan angkat berat didapati positif ujian antidoping sampel A oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) pada 21 Dis tahun lepas.

Zolkples berkata terdapat juga atlet yang menggunakan dadah terlarang disebabkan pengaruh rakan atau untuk meningkatkan produktiviti diri.

Katanya antara atlet yang sering mengambil supplement tambahan adalah dalam sukan yang banyak menggunakan tenaga dan kalori iaitu angkat berat dan basikal.

"Apabila mereka mengambil bahan terlarang, mereka berharap bahan tersebut boleh meningkatkan prestasi sekaligus mampu memperoleh pingat dan mendapat insentif," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan