Bekas Atlet Negara Sokong Pembinaan Velodrom Baru

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas atlet berbasikal negara, Rosman Alwi menyokong penuh cadangan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) supaya sebuah velodrom tertutup baru dibina menggantikan velodrom sedia ada yang uzur di Cheras.

Rosman yang pernah berkayuh di situ berkata, velodrom berusia 24 tahun itu perlu dirobohkan memandangkan ia sudah berusia selain tidak lagi selamat untuk kejohanan berbasikal.

"Bagi saya selaku bekas atlet, jika dirobohkan (Velodrom Kuala Lumpur) bolehlah kita buat yang canggih dekat situ kerana lokasinya sangat strategik berhampiran pusat bandar selain ia dilihat sudah uzur," katanya kepada Bernama, di sini, Ahad.

PKBM baru-baru ini mencadangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tapak Velodrom Kuala Lumpur itu diswastakan bagi membolehkan sebuah velodrom tertutup yang baru dibina.

Velodrom tersebut yang mempunyai trek sepanjang 333.3 meter, didirikan pada tahun 1988 yang mampu menampung sejumlah lebih 2,000 penonton.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam dilaporkan berkata cadangan untuk merobohkan velodrom tersebut digantikan dengan sebuah velodrom tertutup akan dibawa ke kabinet dalam masa terdekat.

Rosman yang telah berkecimpung dalam dunia basikal selama 30 tahun mencadangkan velodrom baru yang ingin dibina mestilah mempunyai kedua-dua permukaan kayu dan simen.

"Banyak velodrom pernah saya rasai di dalam dan luar negeri, yang paling baik adalah yang mempunyai permukaan kayu tetapi kita wujudkan juga permukaan simen yang kecil untuk kejohanan dalam negeri manakala permukaan kayu untuk kejohanan bertaraf antarabangsa," katanya.

Beliau yang pernah bertanding pada Sukan Olimpik 1988 di Seoul berkata pihak berkenaan juga boleh mengkaji membina asrama menempatkan peserta luar negara yang bertanding pada kejohanan berbasikal di velodrom tersebut.

"Ini kerana kadangkala peserta luar menginap jauh dari velodrom boleh tersangkut dalam kesesakan, jadi memakan masa tiba ke situ," katanya.

Ketika ini, Malaysia mempunyai dua velodrom iaitu di Kuala Lumpur dan sebuah lagi Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan