Isu Roboh Velodrom Akan Dibawa Ke Kabinet

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk merobohkan Velodrom Kuala Lumpur yang kini berusia 24 tahun akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya sebagai sebuah negara yang mempunyai pelumba berbasikal bertaraf antarabangsa, cadangan untuk merobohkan velodrom itu bagi digantikan dengan velodrom tertutup perlu diberi perhatian kerana sebagai menteri bertanggungjawab beliau 'malu' dengan keadaan velodrom itu yang jauh ketinggalan dan tidak diselenggara dengan baik.

"Kalau perlu roboh, kita robohkan tetapi ini hanya cadangan dan akan dibawa ke Kabinet... dan cadangan ini (bina velodrom tertutup) bergantung kepada persetujuan Unit Perancang Ekonomi kerana kos pembinaanya adalah tinggi sehingga RM80 juta," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina kementerian itu di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu.

Sebelum ini, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengemukakan cadangan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tapak Velodrom Kuala Lumpur diswastakan bagi membolehkan sebuah velodrom tertutup dibina.

Velodrom Kuala Lumpur yang mempunyai trek sepanjang 333.3 meter, dibina pada tahun 1988 dan boleh menampung sejumlah 2,132 penonton.

Ahmad Shabery berkata keadaan trek di velodrom itu yang masih menggunakan jenis konkrit atau simen sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa dan perlu ditukar kepada trek jenis kayu yang diguna pakai di peringkat antarabangsa ketika ini.

Beliau berkata selain permukaan trek, keadaan sekitar velodrom yang tidak diurus dengan baik dan kelihatan usang juga perlu diberi perhatian sebelum Malaysia menjadi tuan rumah kepada sesuatu kejohanan.

Ahmad Shabery berkata keadaan itu membuatkan beliau malu untuk berhadapan dengan peserta terutamanya daripada luar negara yang mengambil bahagian pada Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia ke-19 yang sedang berlangsung di velodrom itu ketika ini.

Sementara itu, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama mempersoalkan cadangan merobohkan velodrom itu dengan menyifatkannya sebagai satu kesilapan besar jika berbuat demikian.

"Untuk membina stadium tertutup lakukanlah kerana kita memerlukan satu velodrom tertutup trek kayu 250 meter tetapi untuk merobohkan sebuah velodrom terbuka konkrit 333 meter adalah satu kesilapan.

"Semasa saya menjadi Datuk Bandar (Kuala Lumpur), saya merancang untuk membina kedua-dua jenis velodrom kerana ia mempunyai fungsi dan peranan berbeza," katanya yang menyambut baik cadangan pembinaan velodrom tertutup.

Elyas yang pernah menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Sukan pada tahun 2005 berkata negara memerlukan kedua-dua jenis velodrom tersebut untuk pembangunan atlet, latihan dan pertandingan.

Ketika ini, Malaysia mempunyai dua buah velodrom iaitu Velodrom Kuala Lumpur dan Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan