Ganjaran Dan Pingat Ditarik Balik: Ahmad Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Atlet quartet negara 4x400 meter (dari kiri) Muhammad Yunus Lasaleh, Kanathasan Subramaniam, Sehzuan Ahmad Rosely dan Yuvaraaj Panerselvam menunjukkan pingat emas yang dimenangi mereka dalam kejohanan Sukan SEA Ke-26 tahun lalu.
Atlet quartet negara 4x400 meter (dari kiri) Muhammad Yunus Lasaleh, Kanathasan Subramaniam, Sehzuan Ahmad Rosely dan Yuvaraaj Panerselvam menunjukkan pingat emas yang dimenangi mereka dalam kejohanan Sukan SEA Ke-26 tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Wang ganjaran dan pingat emas atlet Kuartet 4x400 meter lelaki negara yang didapati positif dadah pada ujian anti-doping sample A akan ditarik balik apabila keputusan rasmi sample B diperoleh.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata berkata sehingga kini beliau masih menunggu keputusan rasmi daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berhubung ujian sampel B.

"Jika didapati bersalah kita tidak akan teragak-agak untuk menarik balik wang ganjaran dan pingat yang diraih oleh atlet itu pada Sukan SEA lepas.

"Saya amat dukacita apabila mengetahui dari media bahawa kedua-dua ujian sample A dan B adalah positif, namun belum mendapat laporan rasmi dari MOM," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Kementerian Belia dan Sukan di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu.

Semalam (Jumaat) media tempatan melaporkan bahawa keputusan sampel air kencing B seorang atlet Kuartet 4x400 meter lelaki negara didapati positif dan beliau bakal berdepan hukuman keras berdasarkan peraturan yang ditetapkan Persekutuan Sukan SEA (SGF).

Disember lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengalungkan pingat kepada Kuartet emas 4x400 meter lelaki negara pada Majlis Penyampaian Hadiah Kemenangan Sukan di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Atlet Kuartet 4x400 meter lelaki negara itu -- Muhammad Yunus Lasaleh, Sehzuan Ahmad Rosley, P.Uvaraaj dan S. Kannathasan -- masing-masing menerima insentif berjumlah RM5,000.

Ahmad Shabery berkata MOM perlu memaklumkan kepada persatuan supaya tindakan tegas boleh diambil setelah keputusan rasmi diperoleh.

"Tindakan itu mestilah tidak dilihat sebagai penganiayaan kepada atlet dan atlet itu juga berhak untuk menjelaskan kepada persatuan dan masyarakat bagaimana perkara itu boleh berlaku.

"Doping adalah satu perkara yang serius kerana ia adalah kesalahan besar dan memalukan negara," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan