Velordom KL Mungkin Dirobohkan - Zolkples

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Velodrom Kuala Lumpur, yang terletak di kawasan seluas 4.8 hektar di Cheras, dekat sini, mungkin dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan berikutan harga tanah yang melambung tinggi di kawasan itu.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata tanah di kawasan itu sangat bernilai untuk velodrom berusia 24 tahun itu dikekalkan dan kemungkinan tapak itu akan dimajukan untuk projek-projek lain.

"Kalau ia perlu dirobohkan, sepatutnya ada cadangan untuk membina velodrom bertaraf antarabangsa yang baru," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pingat pada Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Remaja Asia ke-19 di sini, Jumaat.

Zolkples berkata cadangan membina velodrom baru perlu diambil tindakan segera kerana ianya penting untuk kemajuan pelumba negara.

"Saya tidak nafikan velodrom ini sudah terlalu lama dan banyak suara kita dengar memperkatakan kita harus mempunyai velodrom yang bertaraf antarabangsa," katanya.

Velodrom Kuala Lumpur, yang mempunyai trek sepanjang 333.3 meter, dibina pada 1988 dan boleh menampung sejumlah 2,132 penonton. Ketika ini, Malaysia mempunyai dua buah velodrom iaitu Velodrom Kuala Lumpur dan Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak.

Sebelum ini, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) berkata ia akan mengemukakan cadangan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tapak Velodrom Kuala Lumpur diswastakan bagi membolehkan sebuah velodrom tertutup dibina.

Dalam pada itu, Zolkples berkata penganjur kejohanan itu perlu memandang serius rungutan pelumba negara berhubung perubahan jadual pertandingan pada saat-saat akhir.

"Memang tidak dinafikan pelumba kita hari ini ada yang tidak sempat buat latihan pemanas badan. Sepatutnya kita ambil kelebihan menjadi tuan rumah. Saya harap ia menjadi pengajaran kepada pihak penganjur, atlet dan sebagainya," katanya.

Pelumba elit negara Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa kecewa dengan tindakan penganjur memaklumkan perubahan jadual kejohanan pada saat akhir yang mempengaruhi prestasi mereka hari ini.

Masing-masing menyumbang sebutir perak buat negara dalam acara pecut lelaki dan wanita elit pada Kejohanan Asia yang merupakan hari ketiga kedua-dua kejohanan tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan