85 Atlet W. Persekutuan Terima Elaun Berjumlah RM380,300

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) pada Khamis menyampaikan elaun kepada 85 alet elit berjumlah RM380,300 atas pencapaian memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di Melaka, pada 2010.

Pemberian elaun antara RM250 hingga RM500 sebulan adalah untuk tempoh setahun pada 2011 di bawah Program Atlet Elit Wilayah Persekutuan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan, ketika menyampaikan cek kepada atlet berkenaan, berkata pemberian elaun bulanan itu sudah pasti memberi semangat dan inspirasi baru kepada mereka untuk terus cermerlang dalam temasya edisi ke-15 di Pahang tahun ini.

Kesemua 85 atlet elit itu menyumbang 34 emas, 32 perak dan 29 gangsa daripada keseluruhan 43 emas, 42 perak dan 49 gangsa yang diperolehi oleh kontinjen Wilayah Persekutuan pada temasya SUKMA 2010.

Di bawah program itu, seramai 36 atlet dalam kategori I terdiri daripada atlet emas individu menerima elaun bulanan sebanyak RM500 dan atlet emas acara berpasukan pula menerima RM450 sebulan. Setiap atlet dalam Kategori I menerima elaun berjumlah antara RM5,400 hingga RM6,000 untuk tempoh 12 bulan dengan jumlah keseluruhan pembayaran sebanyak RM202,200.

Manakala bagi Kategori II, seramai 17 atlet menerima elaun RM4,800 setiap orang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM81,600.

Bagi kategori tersebut, atlet berkenaan merupakan pemenang pingat perak dan gangsa dengan elaun bulanan sebanyak RM400.

Dalam Kategori III, seramai 32 atlet pelapis menerima elaun berjumlah RM3,000 setiap seorang dengan keseluruhannya RM96,500.

Atlet pelapis tersebut menerima elaun bulanan sebanyak RM250. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan