Tiada Kilaun Pingat Buat Pelumba Negara

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad berbasikal trek negara gagal meraih sebarang pingat pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia ke-19 yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur di Cheras, Rabu.

Lima pingat emas menjadi taruhan pada hari pembukaan.

Dalam acara pursuit individu lelaki dan wanita elit, pelumba negara Wan Syazwan Afiq Wan Shahril Anwar dan Nurul Sakinah Abd Karim, masing-masing hanya sekadar meraih tempat ke-10 dan kelapan.

Acara Pursuit lelaki elit dimenangi Alireza Haghi dari Iran, manakala Maki Tabata dari Jepun meraih pingat emas kategori elit wanita.

Dalam acara Perlumbaan Mata wanita elit, pelumba Malaysia Zahraa Anuawar hanya mampu berada di tempat ketujuh.

Kesilapan taktikal telah menyebabkan pelumba-pelumba remaja negara gagal meraih pingat gangsa dalam acara Pursuit Individu apabila sekadar meraih tempat keempat.

Dalam saingan penentuan pingat gangsa, Noor Azian Maslin Sazali tewas kepada pelumba Taiwan, Lee Tai Ling dalam kategori remaja perempuan, manakala Muhammad Firdaus Suardi pula tewas kepada Kohei Suzuki dari Jepun.

"Kedua-dua mereka (Noor Azian dan Muhammad Firdaus) adalah sasaran pingat kita pada kejohanan kali ini. Bagaimanapun, kedua-dua mereka terlalu berhati-hati pada peringkat permulaan dan tertinggal jauh.

"Mereka nampak isyarat saya mengarahkan mereka melakukan pecutan tetapi mereka lambat bertindak. Mereka sudah tersalah strategi dan jika tidak peluang kita 50-50 untuk dapat pingat," kata jurulatih berbasikal remaja kebangsaan, Suod Hussain ketika ditemui, Rabu.

Beliau bagaimanapun masih menaruh harapan tinggi kepada pelumba-pelumba remaja untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka dalam saingan berikutnya.

"Esok (Khamis) dalam acara Pursuit berpasukan, saya harap mereka dapat memberikan saingan yang terbaik. Tahun ini cabaran memang sengit terutamanya dari Hong Kong, Korea Selatan, Kazakhstan dan Iran," katanya.

Pada saingan kelayakan acara pursuit berpasukan, Malaysia mengharapkan gandingan Mohd Fridaus, Mohd Faiz Ibrahim, Mohd Firdaus Abd Karim dan Loh Gi Meng. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan