Terengganu Jadi Tuan Rumah Kejohanan DR 4x4 Ranggok Antarabangsa

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Terengganu akan menganjurkan Kejohanan DR 4x4 Ranggok peringkat antarabangsa dari 9 hingga 11 Mac ini, yang dijangka disertai 1,800 peserta termasuk dari Indonesia, Thailand dan Australia.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kejohanan itu yang menawarkan hadiah keseluruhan RM31,000 akan berlangsung di trek sukan lasak Kampung Gong Cempedak, di sini.

"Dengan penganjuran sukan seperti ini kita dapat mempromosikan Terengganu ke negara lain selain dapat menarik perhatian pelancong luar dan dalam negara bertandang ke negeri ini terutama kepada mereka yang berminat dalam sukan lasak ini," katanya kepada pemberita selepas melawat venue kejohanan itu, Isnin.

Ahmad berkata kejohanan melibatkan empat disiplin iaitu perlumbaan 'cubcross', 'motorcross', berbasikal dan acara kemuncak cabaran pacuan empat roda.

Setiap acara terbahagi kepada kategori individu dan berpasukan yang terbuka kepada peserta berusia 10 tahun ke atas.

Jika penganjuran kali pertama ini berjaya, kawasan trek seluas 60 hektar ini akan dibangunkan sebagai litar tetap kejohanan lasak, kata Ahmad.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan