Lee Chan Berazam Untuk Layak Ke Olimpik Buat Kali Keempat

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet powerlifting wanita negara Siow Lee Chan berazam untuk melayakkan diri buat kali keempat berturut-turut pada edisi ke-14 Sukan Paralimpik di London, Ogos depan.

Lee Chan sebelum ini pernah melayakkan diri pada tiga edisi lepas di Sydney, Australia pada 2000, Athens, Greece (2004) dan Beijing, China (2008).

Dia merupakan pemenang pingat gangsa dalam kategori 56kg wanita pada edisi 2008 di Beijing.

Lee Chan berkata keazamannya untuk melayakkan diri ke temasya sukan orang kelainan upaya (OKU) terbesar dunia itu berdasarkan latihan intensif yang dijalaninya sejak tiga tahun lepas di Gimnasium Majlis Sukan Negara (MSN).

"Selain itu, kedudukan saya selaku atlet keenam terbaik dunia dalam acara 56kg dan 60kg mungkin memudahkan laluan saya ke London nanti," katanya kepada pemberita pada Kejohanan Powerlifting Terbuka Malaysia di Stadium Titiwangsa, di sini, Isnin.

Atlet kelahiran Negeri Sembilan berusia 40 tahun itu berjaya meraih pingat perak dalam acara 56 kg pada Kejohanan Terbuka Malaysia di sini dengan angkatan sejumlah 90kg.

Acara tersebut dimenangi oleh atlet Thailand, Anon Somkhoun, dengan angkatan 95kg manakala pingat gangsa menjadi milik atlet Kazakhstan, dykhalykova Gulbanu dengan angkatan 70kg.

Sementara itu, Presiden Persatuan Powerlifting Para Malaysia, Kamaruzaman Kadir berkata persatuan itu menyandarkan harapan kepada beberapa atlet termasuk Siow untuk melayakkan diri ke London nanti.

Beliau berkata antara atlet tersebut ialah Fatimah Wagimin (67.5kg) dan Sharifah Raudzah Syed Akil (82.5kg) dalam kategori wanita manakala Mohd Shahmil Md Saad (90kg) dalam kategori lelaki.

"Kita melihat peluang kita untuk melayakkan diri ke Sukan Paralimpik lebih terarah kepada atlet wanita berbanding lelaki namun kita tidak akan berputus asa untuk meraih sekurang-kurangnya satu tiket wildcard untuk atlet lelaki kita," katanya.

IPC akan mengadakan persidangan sebelum akhir bulan ini bagi memilih 10 atlet terbaik dalam kategori lelaki dan lapan atlet terbaik dalam kategori wanita serta dua tiket wildcard masing-masing dalam kedua-dua kategori tersebut.

Pencapaian terbaik negara dalam acara powerlifting ialah pada Sukan Paralimpik 1992 di Barcelona, Sepanyol, menerusi atlet lelaki Cheok Kon Fatt yang memenangi pingat perak dalam acara 52kg.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan