Jurulatih Muhammad Ali, Angelo Dundee Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Angelo Dundee - jurulatih juara tinju heavyweight dunia sebanyak empat kali Muhammad Ali,telah meninggal dunia.

Mendiang yang meninggal dunia di kediamannya di Tampa, Florida, berusia 90 tahun.

“Angelo meninggal dunia di samping ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan rapatnya,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga mendiang pada Khamis.

Mereka berkata, perkara yang paling mengembirakan Angelo sebelum beliau meninggal dunia ialah untuk bersama-sama menyambut ulang tahun hari kelahiran Muhammad Ali baru-baru ini.

Selain Muhammad Ali, Dundee juga akan dikenang sebagai jurulatih yang berjaya melatih dan melahirkan 15 juara tinju dunia termasuklah peninju legenda Sugar Ray Leonard dan George Foreman.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan