Hasil Siasatan Insiden Babitkan Pelumba Basikal Diketahui Minggu Depan

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keputusan siasatan mengenai insiden membabitkan pelumba basikal negara Mariana Mohamad yang dirempuh sebuah kereta semasa menjalani sesi pemilihan untuk Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC), dijangka diketahui minggu depan.

Ketua Polis Putrajaya Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata polis sudah mengambil keterangan pemandu kereta terbabit dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemalangan.

"Keputusan mungkin boleh kita ketahui minggu depan, dan buat masa ini, pemandu wanita berusia 54 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi, Selasa.

Dalam kejadian Sabtu lepas, Mariana patah lengan dan cedera rusuk serta lutut kanan.

Pelumba elit wanita kebangsaan Masziyaton Mohd Radzi dan dua pelumba pelapis kebangsaan, Ahmad Azri Ahmad dan Abdul Azizi Zahid, pula cedera ringan di tangan serta jari. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan