Tanpa Anuar Manan, TSG Yakin Masih Utuh Hadapi LTdL - Sukan Ekstra | mStar

Tanpa Anuar Manan, TSG Yakin Masih Utuh Hadapi LTdL

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Walaupun tanpa kelibat pelumba sensasi Anuar Manan, pasukan lumba basikal profesional Terengganu Terengganu Cycling Team (TSG) yakin dapat meraih tempat terbaik dalam Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) Febuari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Shapian Abu Bakar berkata ini kerana TSG dibarisi pelumba terbaik untuk membawa cabaran TSG di kejohanan berprestij itu.

"Sasaran kita kali ini ialah lebih baik daripada tahun lepas. Tahun lepas TSG menduduki tangga kelapan keseluruhan daripada 23 pasukan yang bertanding dan di tangga kelima bagi kategori Asia," katanya.

Beliau berkata Anuar Manan yang menyertai pasukan TSG tahun lepas, telah berhijrah ke pasukan Champion Sistem dari Hong Kong tahun ini.

Tiga belas pelumba termasuk tiga pelumba import TSG menjalani latihan intensif di bawah kendalian seorang jurulatih import di Chanrai, Thailand, sejak 3 Jan hingga 6 Feb ini, katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan melancarkan pasukan TSG bagi musim 2012 di Wisma Darul Iman di sini 8 Feb ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan