MAS Terus Taja Jersi Putih LTdL 2012 - Sukan Ekstra | mStar

MAS Terus Taja Jersi Putih LTdL 2012

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAS) sekali lagi akan menaja Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012, bermula 24 Februari ini.

Naib Presiden Kanan Serantau MAS (Jualan Malaysia) Azman Ahmad berkata ia merupakan misi perniagaan yang baik untuk menjadi penaja jersi juara Asia itu di kalangan pelumba kejohanan tahunan itu.

"Ia juga menjadi kebanggaan MAS untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama strategik dan rakan perkongsian dengan Kementerian Belia dan Sukan, selaku penganjur LTdL 2012," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Perlumbaan LTdL sejauh 1,414.8km dari 24 Feb hingga 4 Mac ini menampilkan 22 pasukan profesional termasuk dua pasukan Malaysia iaitu skuad kebangsaan dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG).

Kejohanan 10 hari itu itu bermula dengan perlumbaan peringkat pertama iaitu ujian masa individu sejauh 20.3km di Putrajaya dan peringkat akhir tamat di Kuala Terengganu.-BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan