Kim Swee Harap Tuah Pemain Ketika Berdepan Bahrain 5 Februari Ini

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penampilan muka lama yang pulih dari kecederaan bersama beberapa pemain baru diharap dapat memberi impak positif kepada pasukan Skuad Olimpik negara menjelang aksi keempat Kumpulan C kelayakan Zon Asia menentang Bahrain di Stadium Nasional, Manama, 5 Feb ini.

Ketua jurulatih Ong Kim Swee menaruh harapan tinggi kepada beberapa pemain Olimpik negara yang kembali cergas dalam memulakan sesi latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang Rabu.

"Apa yang saya lihat mereka telah tunjukkan tahap kecergasan yang terbaik. Mohd Irfan (Fazail), Wan Zaharulnizam (Wan Zakaria) serta Wan Zack Haikal (Wan Nor) kini telah pulih sepenuhnya bagi memperkuatkan barisan utama.

"Gary (Steven Robbat), yang sebelum ini mengalami kecederaan, telah menunjukkan tanda yang baik untuk pulih dalam masa terdekat, namun Syahrul (Azwari Ibrahim), masih mengalami kecederaan dan dia akan menjalani ujian kecederaan di ISN (Institut Sukan Negara), begitu juga dengan Mohammad Syazwan (Tajuddin)," katanya kepada pemberita sebelum sesi latihan bermula.

Dalam sesi latihan itu, Kim Swee memanggil lapan pemain luar iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Muslim Ahmad, Zubir Azmi (Terengganu), Wan Amirzafran Wan Nadris (Harimau Muda B), Azrif Nasrulhaq Badrul (Selangor PKNS), K. Gurusamy (Selangor), Ahmad Fakri Saarani (Felda United) dan Ahmad Shakir Md Ali (Negeri Sembilan), yang merupakan antara barisan 25 pelatih, memulakan latihan pusat.

Bagaimanapun, Khairul Fahmi yang merupakan penjaga gol Kelantan, gagal mendaftarkan diri ke kem latihan pusat skuad Olimpik dan hanya 22 pemain menjalani latihan atas padang kerana dua lagi iaitu Mohammad Syazwan dan Syahrul Azwari dilihat menjalani terapi di pusat gim FAM.

"Kita tidak tahu apa situasi Khairul Fahmi dan perkara ini saya kena tunggu sebab dari pihak KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan).

"Saya harap dia mempunyai alasan yang kukuh mengapa dia tidak melaporkan diri. Bagi saya pemain yang dipilih perlu ada tanggungjawab masing-masing menggalas cabaran untuk negara," katanya.

Kim Swee berkata meskipun peluang skuad bola sepak bawah-23 negara layak ke Sukan Olimpik London 2012 Julai depan kelihatan tipis, beliau tetap menganggap perlawanan menentang Bahrain amat penting kerana ia peluang terbaik pemain muda negara menimba pengalaman.

Selain itu, beliau menunggu pengesahan juara Piala Singapura dan naib juara Liga-S 2011, Home United untuk aksi persahabatan di Kuala Lumpur pada 31 Jan ini, sehari sebelum berlepas ke Manama.

"Keputusan akan diketahui Khamis, dan jika tidak, saya ada alternatif lain sekurang-kurangnya kita akan dapatkan perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab Liga Super kita di sini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan