PAFA Jemput SPRM Beri Ceramah Kepada Pemain

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) akan menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi ceramah kepada para pemainnya.

"Kita akan memanggil SPRM dan pihak polis untuk memberikan ceramah secara berkala kepada keseluruhan pasukan.

"Pegawai, pemain dan seluruh warga Pafa diwajibkan menghadiri program ceramah dan taklimat yang akan diadakan kelak," kata Presiden Pafa, Datuk Zainol Padzi Paharuddin kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata langkah itu adalah antara beberapa pendekatan awal bagi memastikan imej pasukan itu sentiasa bersih dari segala isu negatif dan tidak sihat.

Katanya mana-mana warga Pafa yang didapati terlibat di dalam masalah ini akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang atau digugurkan daripada pasukan dengan serta merta.

"Kita akan berusaha mewujudkan semangat cintakan pasukan, negeri dan sentiasa bertanggungjawab di kalangan warga Pafa," katanya.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan